Janji Mesti Ditepati

by Tan Lek Khang
Sebelum ini, saya dah berjanji untuk memberikan sumbangan kerusi roda kepada auntie ini.. kerusi rodanya sebelum ini dah rosak dan tidak selesa. Menyukarkan pergerakan auntie ini yang lumpuh separuh badan… jadi syukur semalam saya dapat menunaikan janji saya. Saya juga akan berikan bantuan lampin pakai buang untuk auntie ini.
Anak saudaranya yang kudung kaki juga saya akan cuba untuk buatkan kaki palsu yang baru.
Untuk pengambilan vaksin dose ke 2 mereka hujung bulan ini, saya juga akan menyediakan pengangkutan untuk mereka ke pusat vaksin.
Ujian atau musibah yang berlaku kepada orang lain sebenarnya ujian kepada diri kita. Bagaimanakah cara kita melihat ujian yang menimpa orang lain. Adakah dengan hanya memandang dengan simpati atau menghulurkan bantuan kepada mereka?
必须遵守承诺
在这之前,我答应给这位阿姨捐一个轮椅。她的轮椅坏了,也不舒服。把这位半瘫痪的阿姨的动作复杂化了……幸好昨天我能信守诺言。我也会为这位阿姨提供一次性尿布。
由于她的外甥行动不便,我也会尝试做一支新的义肢。
对于他们本月接种的第二剂疫苗,我将会为他们提供交通前往疫苗接种中心。
发生在别人身上的考验或不幸,其实是对我们自己的考验,我们如何看待这个考验。是同情他们还是向他们伸出援助之手?

You may also like

Leave a Comment