Weekend pun kami kerja.. ya inilah rutin saya dan team saya di Labis. Bukan setakat menghulurkan sumbangan, kami juga menghulurkan masa dan tenaga kami untuk membantu orang-orang di sini.
Hantar orang ke hospital untuk check up, hantar orang untuk ambil vaksin, hantar orang untuk buat swab test.. Yang mana kami mampu tolong kami akan tolong.
Lebih 100 rumah lagi berjaya kami kunjungi untuk berikan sumbangan barangan dapur semalam. Memang penat tapi puas hati bila tengok mereka tersenyum menerima sumbangan kami..
Bila cuaca elok seperti semalam, saya dan team saya rasa sangat gembira! Bila cuaca elok, kerja kami kurang terganggu..semuanya berjalan lancar dan semalam sahaja kami berjaya memberikan sumbangan ke lebih 100 rumah!
Kami gembira.. tapi yang paling penting, mereka yang menerima sumbangan juga turut gembira! Itu paling penting! Itu keutamaan saya.
Saya tak pernah minta pujian atau balasan.. tapi sesekali menerima kata-kata seperti ini membuatkan saya semakin bersemangat untuk berikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.. syukur saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Terima kasih.
Saya cukup terkesan apabila mendengar keluhan anak-anak jati Labis yang menetap di sekitar Tampoi dan Kempas yang kini dalam kesusahan. Jadi semalam, walaupun dalam hujan lebat.. saya dan team segera ke sana mengerahkan tenaga untuk berikan bantuan.
Bukan sahaja kepada anak-anak Labis, sumbangan juga saya berikan kepada mereka yang memerlukan di sekitar kawasan ini.
Walaupun banyak sektor ekonomi telah mula dibuka, tapi masih ramai yang dihimpit kesusahan.. ramai yang kehilangan kerja dan perlukan bantuan. Sedih dengar ramai yang kehilangan punca pendapatan di sini.
Semoga bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka.